Assalamualaikum!
Entry kali ini
special sikit dari aku sebab aku menaip bersama kucing putih tompok hitam
kesayangan aku, Hyori namanya. Beliau sedang lena tidur di pangkuan aku. Agak
susah untuk aku bergerak saat ini. Serius.
Seharian blogging
sampai kepala pun jadi jem. T__T seharian ni juga lah kucing aku si Hyori bz
lalu-lalang atas laptop aku. Bukan tiada jalan lain tapi entahlah. Kucing... Makhluk
tidak punya akal fikiran. nasib dia kucing dan comel kalau adik aku sudah lama makan
kaki saiz 8. =..=
suatu masa dulu Hyori pun cam ni. =p |
Seharian menghadap
blog..
Bukan pulun menaip
entry tapi pulun menukar itu dan ini di blog ni agar kelihatan manis dipandang
sebab bagi aku appearance itu penting. Malangnya, tiada apa yang aku rasa
terbaik untuk dipamerkan di blog tak seberapa ini. Last-last corak ini (sila
lihat kiri kanan atas bawah skrin anda..) aku pilih setelah jenuh mengupload
sepuluh duapuluh macam background kiut-miut dari laptop acer aku. Header aku
itu entah berapa kali nak resize baru fit seperti yg tertera. +..+”
Aku rasa total page
view aku meningkat dengan mendadak juga adalah disebabkan oleh aktiviti aku
mengupload, mengedit dan menyusun blog sambil preview berkali-kali. Kesungguhan
aku berblog tidak dapat dinafikan lagi. Bukti, sayur kubis kaler hijau
keputihan yang aku masak agak kehitaman jadinya impak dari kegelojohan aku
untuk cepat siap masak. Nasi yang aku makan pun terus sahaja ditelan-telan
tanpa sempurna dihancurkan gigi-gigi aku. Dan.. mandi tadi juga adalah sekadar
berbasa-basi dengan air.. Lihatlah.. Bahana kesungguhan aku untuk mengedit
blog. ‘baru edit, belum buat entry lagi ni’.
Ni kali laaahh..
Kali ini aku lebih
bersemangat untuk blogging. Sebab tiada apa lagi yang harus difikirkan. Biasalah, penganggur macam aku makan tidur
saja kerja.
Bapak aku pula
sepanjang 2 minggu aku menganggur ini rajin sangat bagi aku surat khabar. Tujuannya,
mahu aku cari kerja dalam ruangan vacancy. Grr! Aku hanya menurut kata. Belek-belek
ruangan vacancy tu. Bukan aku malas mahu bekerja bukan. Tetapi aku mahu biarlah
hari bergraduasi aku selesai dahulu yakni pada 20 hb Oktober depan. Banyak lagi
nak kena urus dan berulang-alik ke kampus buat masa ini.
“bapak, saya nak
khawin bukan nak news paper!” ingin saja aku berkata begitu. Rasa-rasanya apa
reaksi bapak aku lepas tu ya? Adakah beliau akan terus menghantar rombongan
meminang untuk aku atau aku bakal makan kaki saiz 10?
ohya! aku dengar-dengar pelajar U yang bakal graduate tahun ini pun boleh dapat Kad Diskaun 1 Malaysia tu. Senangnya dalam hati... huhuhu.. Kalau benarlah seperti yang aku dengar. ^__^
11 comments :
Comel nya kucing niiiii >.<
kucing makhluk Allah plg tomei kn. ^_^
sewonoknye tanam anggur hihi
@Jna marcello xda mknanye dear. bohsan tau. huhu
alahaii kucing tuh chumelnye. hehee
eeii fisha pon nak kahwin gk. tgl satu sem je lagi. ahha gatal lak. jemput la ke blog fisha ok :) salam perkenalan.
page view mngkat sb rview sndri itu awesome. Haha. Same lah kite. Mengadap lappy, mengadap kucing. Kih3 . Yup, kad diskaun pelajar sempurnakan hdup kita. Haha
@Dak Fisha salam pkenalan syggg.. =D
@-meeSPERGIRL; Hhaha.. ble la enjoy sakan pasni kn (mcm laa dpt duit bjuta2..).. hahaha
semoga sukses selalu..
enjoy time study + mengaggur ni wisely..nnt dh start keja sure akan rindu zaman belajar..^_^
skg pn dah start rindu zaman blajar.. rindu nk pergi kelas n kuliah. dlu xpenah pla rindu.. asyik nk ponteng ja.. =..="
seriously yg bakal grad thn ni pun dapat kad diskaun tu?
@nadieyamira dgr2 mcm tu la. ari tu ada member post kt fb kitorang still bole ambik. untunglah klu benar kn. xpasti lg kesahihannya. ^_^
Post a Comment