Monday, September 24, 2012

Keminatan Terbaru.

Assalamualaikum..

hampir setahun juga aku tidak membuka blog aku ni. sebab utamanya mahu fokus pada study. hehe. sebelum ni busy sangat dengan final year project aku. alhamdulillah, tesis aku dah siap di bukukan result pun sudah lama keluar. 

selepas exam hari tu aku terperap dua minggu di rumah dan selepas itu aku pun berpraktikallah selama dua bulan setengah. dipendekkan cerita, aku sekarang dengan rasminya memegang jawatan PENGANGGUR TERHORMAT. sudah dua minggu terperap macam sardin busuk di rumah. =..="

boring punya pasal banyak benda yang aku fikir-fikirkan. tentang masa depanlah semestinya. plan-plan, lepas konvo bulan depan aku ingin merantau mencari dan memulakan alam pekerjaan. Insha Allah.. 

tapi, tiba-tiba pada haritu otak dan hati aku tiba-tiba berpadu mengeluarkan 1 niat dan keinginan yang suci. bukan pasal khawin. bukan. tapi pasal perniagaan. business. kononnya, organ-organ penting aku tersebut ingin aku berkecimpung di dalam bidang kraft tangan. err.. handmade craft. betullah kan? aku plan mahu buat handmade headband and hair clips. aku dapat idea ni disebabkan oleh seorang kawan aku yang memang giler sangat dengan benda-benda sedemikian. 

ya, aku memang suka benda comel-comel seperti headband yang dilekatkan bunga-bungaan atau klip rambut yang ditempekkan dengan riben atau butang-butang polkadot. dan ya, aku juga suka duit. apatah lagi duit hasil usaha sendiri siapa tak suka duit kan XD.

for now, im still in learning process. godek-godek website itu dan ini. mari tengok sini, inilah kegilaan terbaru aku. aku minat pakai benda begini tapi indoor sajalah. hehehe.. 

cute kan? source: click here
siapa cakap tak cute? source:click here



seriously, aku mahu sangat sangat dan sangat belajar buat bunga guna fabrik ni. source: click here


cantik kan? nampak matang dan ayu bila di pakai. ^_^v credit to Google

love the color! simple n cute! credit to Google


Yah! ini impian terbaru aku. insha Allah, sedikit hari lagi akan dimulakan dengan rasminya! ^_^

6 comments :

miszvr said...

Nah,Sy pun suka..but more to crochet. check it out ^_^ http://miszvr.blogspot.com/2011/10/having-fun-with-crochet.html

Mizz Farah said...

canteknyeee...
nanti kalo da belajar wat, leh jual...n leh bli nti..HEHE

aiN NaJwa said...

wah..kalo business di buat dengan minat yg mendalam, confirm akan berjaye,insyaAllah..chaiyok2 dear..(^_____^)..

Izwanie Eynia said...

@aiN NaJwa
insha Allah.. tq dear! harap2 menjadi. =)

Izwanie Eynia said...

@Mizz Farah
klu ai bjaya buat jgn lupa bli taw.. eheheh. ^_^

Izwanie Eynia said...

@miszvr
huhu.. kmu kreatif baa.. no hal bt gni kn.. sy ni masi blajar.. mo bguru ngan kmu la Ver..=)