Monday, October 1, 2012

Tak boleh pakai punya kakak!

Assalamualaikum.

ke mari kamu sekalian. gue mahu bicara sikit dong. dengarin yaa..

Sepulangannya adikku yang ketot lagi imut dari sekolah pukul 1.30 tadi...... *tiba-tiba tukar bahasa pula*
di hari yang panas terik yang menyebabkan ketiak pun jadi melekit-lekit.. *masih intro ni, bayangkan okeh kihkihkih*

tengah aku baring-baring tiba-tiba..

adik aku: "Kak! kawan-kawan tahun depan semua pindah sekolah teknik kak. apa sebab ya?"
aku: oooo.. dorang nak jadik engineer kot. *malas nak bubuh "*
adik aku: ya kak. dorang cakap nak jadi macam tu.takpa kan kalau tak pindah sekolah?
aku: terpulang pada ko la.. ko nak jadi apa? apa cita-cita ko nanti? itu yang tentukan jurusan ko masa depan nanti.
adik aku: aku mo jadi saintis!.. Astronomer..
aku: HAHAHAHAHAHAH. ASTRONOMER??
adik aku:*senyum-senyum* iya kak. 
aku: terus sambung ketawa.. HAHAHAHAHA..

moral of the story, jahatkan aku? memperkecil-kecilkan cita-cita budak-budak. sebenarnya aku ketawa terbahak-bahak kat adik aku tu sebab aku teringat suatu ketika dulu time form 4 aku pun bercita-cita macam tu juga. setinggi gunung woo cita-cita aku. mahu jadi angkasawan lagi kalau boleh. ahahahah. sebabnya aku suka sangat kat bintang. tapi last-last aku tidak dapat meneruskan cita-cita itu. sebabnya aku malas belajar rajin-rajin. =.=' *banyak betul sebab* tup tup aku ambil aliran kimia. jadi Chemist konon. ehek! Chemist la sangattt...(tangankebahumatakeatas)



9 comments :

onie said...

sama macam onie,ahak...



p/s: mary kay memang terbaik ! :)

.::: Princess MOMOY :::. said...

dulu time sekolah rendah mcm2 nak jadi
bila sekolah amik aliran sains
bila masuk u amik engineering
kerja pertama momoy chemist
sekarang baru betul jadi engineer

Izwanie Eynia said...

@onie
bak cni mary kay 1! ^_^

Izwanie Eynia said...

@.::: Princess MOMOY :::. engineering... lemah lutut terus. xlayak diri ini. huhu. mesti terer fizik n math ni kn? =D

dEdEQ dE wIshEs said...

WAH .. BESAR CITE2 TU .. TP BAGUS LA .. MUNGKIN DGN CITE2 SETINGGI GUNUNG TU LEH BAKAR SEMANGAT .. INSYA ALLAH

CintaZulaikha said...

cita2 zaman sekolah tak sama ngn apa yg bakal berlaku pada masa akan datang...hahhahha. tp boley je menjadi kalau rajin berusaha...lallala

cweet pinky said...

hahaha , zaman budak2 memang banyak cita2 , but now CP menuju ke arah karier guru , karier yang pernah jgk CP cita2 kan dulu , hehehe ~

Hasrina said...

chemist hebat tu. i diam2 kagum n org pandai kimia because that was my most weak subject forever...

Cik Puan Fara said...

samela.. dulu cita2 tinggi melangit, tp skrg baru kt awan..tp tak salah bercitA2,ada la sikit halatuju kan :)


btw, fara nampak wani berminat utk pakai Premium Beautiful corset kat blog FL.
kalau nak tahu details, boleh email me at fdiana83@yahoo.com/www.farrahdiana.com :)