Friday, September 28, 2012

Bila Seorang Penganggur Berblog.


Assalamualaikum!

Entry kali ini special sikit dari aku sebab aku menaip bersama kucing putih tompok hitam kesayangan aku, Hyori namanya. Beliau sedang lena tidur di pangkuan aku. Agak susah untuk aku bergerak saat ini. Serius.

Seharian blogging sampai kepala pun jadi jem. T__T seharian ni juga lah kucing aku si Hyori bz lalu-lalang atas laptop aku. Bukan tiada jalan lain tapi entahlah. Kucing... Makhluk tidak punya akal fikiran. nasib dia kucing dan comel kalau adik aku sudah lama makan kaki saiz 8. =..=

suatu masa dulu Hyori pun cam ni. =p


Seharian menghadap blog..


Bukan pulun menaip entry tapi pulun menukar itu dan ini di blog ni agar kelihatan manis dipandang sebab bagi aku appearance itu penting. Malangnya, tiada apa yang aku rasa terbaik untuk dipamerkan di blog tak seberapa ini. Last-last corak ini (sila lihat kiri kanan atas bawah skrin anda..) aku pilih setelah jenuh mengupload sepuluh duapuluh macam background kiut-miut dari laptop acer aku. Header aku itu entah berapa kali nak resize baru fit seperti yg tertera. +..+”


Aku rasa total page view aku meningkat dengan mendadak juga adalah disebabkan oleh aktiviti aku mengupload, mengedit dan menyusun blog sambil preview berkali-kali. Kesungguhan aku berblog tidak dapat dinafikan lagi. Bukti, sayur kubis kaler hijau keputihan yang aku masak agak kehitaman jadinya impak dari kegelojohan aku untuk cepat siap masak. Nasi yang aku makan pun terus sahaja ditelan-telan tanpa sempurna dihancurkan gigi-gigi aku. Dan.. mandi tadi juga adalah sekadar berbasa-basi dengan air.. Lihatlah.. Bahana kesungguhan aku untuk mengedit blog. ‘baru edit, belum buat entry lagi ni’.


Ni kali laaahh..


Kali ini aku lebih bersemangat untuk blogging. Sebab tiada apa lagi yang harus difikirkan.  Biasalah, penganggur macam aku makan tidur saja kerja.


Bapak aku pula sepanjang 2 minggu aku menganggur ini rajin sangat bagi aku surat khabar. Tujuannya, mahu aku cari kerja dalam ruangan vacancy. Grr! Aku hanya menurut kata. Belek-belek ruangan vacancy tu. Bukan aku malas mahu bekerja bukan. Tetapi aku mahu biarlah hari bergraduasi aku selesai dahulu yakni pada 20 hb Oktober depan. Banyak lagi nak kena urus dan berulang-alik ke kampus buat masa ini.

“bapak, saya nak khawin bukan nak news paper!” ingin saja aku berkata begitu. Rasa-rasanya apa reaksi bapak aku lepas tu ya? Adakah beliau akan terus menghantar rombongan meminang untuk aku atau aku bakal makan kaki saiz 10?


ohya! aku dengar-dengar pelajar U yang bakal graduate tahun ini pun boleh dapat Kad Diskaun 1 Malaysia tu. Senangnya dalam hati... huhuhu.. Kalau benarlah seperti yang aku dengar. ^__^













11 comments :

NUR AIN AZMAN said...

Comel nya kucing niiiii >.<

Izwanie Eynia said...

kucing makhluk Allah plg tomei kn. ^_^

Jna marcello said...

sewonoknye tanam anggur hihi

Izwanie Eynia said...

@Jna marcello xda mknanye dear. bohsan tau. huhu

Dak Fisha said...

alahaii kucing tuh chumelnye. hehee
eeii fisha pon nak kahwin gk. tgl satu sem je lagi. ahha gatal lak. jemput la ke blog fisha ok :) salam perkenalan.

-meeSUPERGIRL- said...

page view mngkat sb rview sndri itu awesome. Haha. Same lah kite. Mengadap lappy, mengadap kucing. Kih3 . Yup, kad diskaun pelajar sempurnakan hdup kita. Haha

Izwanie Eynia said...

@Dak Fisha salam pkenalan syggg.. =D

@-meeSPERGIRL; Hhaha.. ble la enjoy sakan pasni kn (mcm laa dpt duit bjuta2..).. hahaha

Sarah Nabila said...

semoga sukses selalu..
enjoy time study + mengaggur ni wisely..nnt dh start keja sure akan rindu zaman belajar..^_^

Izwanie Eynia said...

skg pn dah start rindu zaman blajar.. rindu nk pergi kelas n kuliah. dlu xpenah pla rindu.. asyik nk ponteng ja.. =..="

nadieyamira said...

seriously yg bakal grad thn ni pun dapat kad diskaun tu?

Izwanie Eynia said...

@nadieyamira dgr2 mcm tu la. ari tu ada member post kt fb kitorang still bole ambik. untunglah klu benar kn. xpasti lg kesahihannya. ^_^