Saturday, June 4, 2011

Keperitan Hidup Sebagai Sorang Setinggan Berakhir Jua..

Assalamualaikum........

hari Jumaat semalam sangat-sangatlah membawa tuah! Alhamdulillah... satu lagi berita baek sy dapat semalam. 

dengan bangganya sy mengumumkan yang sy bukan c setinggan tegar lagi. sambil hedong kembang kempis. 

apa cer apa cer ni Temah??

semalam.. pihak MPP Uni bagi mesej kat fb.. katanya keputusan penempatan kolej kediaman untuk sem depan dah keluar. dengan hati berdebar-berdebar sy gagahkan diri bukak SMP. da login SMP jari dengan tidak kesabaran dengan pantas mengklik button status penempatan. syukur.. 

ayat ANDA BERJAYA MENDAPAT KOLEJ KEDIAMAN PADA SEMESTER DEPAN terpampang kat depan mata. tak percaya ni. sy logout sistem tu then login balik. ayat yang sama juga. syukur.. berjaya juga akhirnya.. ceh.. macam dapat 4 flat daa..


pernah tak rasa takda rumah/tempat tinggal? sadis tau. terpaksa jadi penduduk haram. jadi setinggan kat Uni sendiri. slurrpp... tarik hingos kenang kesah sedih..  satu sem jadi setinggan gara-gara tak dapat penempatan sem lepas. terpaksa merayu melutut demi sebijik bilik. akhirnya dapat tapi di sebabkan kawan sendiri buat hal maka sy mengalah.. melepaskan bilik tu n kembali bergelar setinggan showmel. naseb baek ada sahabat yang sudi menumpangkan. maceh pwen, jasamu akan ku kenang!

no more c setinggan tegar yang showmel! walaupun rumah ngan kampus tak jauh tapi di sebabkan masalah transport terpaksa la juga tinggal dalam kampus. dari rumah ke kampus makan masa 10 minit je. tu pun kalau nek keta sendiri. kalau naek bas terpaksa naek 2x bas baru sampai kampus keadaan ini telah menaikkan lagi semangat sy untuk menjadi setinggan tegar.. ahh.. peduli la yang mengata sy melanggar undang-undang. nak hidup kena pandailah babe.. nasib baek takde spotcheck,  kalau tak sy ngan member tu sekali diu humban keluar.  tak pasal-pasal member pun dapat susa kn..


pengalaman ni buat sy berfikir dan bersyukur sangat2! bersyukur sy blajar kat negeri sendiri apa-apa jadi pun rumah dekat. bayangkanlah mereka yang terpaksa hidup merantau.. di tambah lagi takda tempat tinggal. mana mau pergi.. 

eksaited sangat ni! tak cukup ngan mulut mata pun ikut senyum sampai tak boleh nak lelap semalam. =p
pemandangan dari bilik setinggan  tu..  suatu ketika dulu..

p/s: kat U kitorang sesipa yang tinggal haram dalam kampus di gelar setinggan.  =)


terima kasih sudi singgah.. 

4 comments :

Hanis MY said...

hehe comel je panggil setinggan akak dulu guna istilah merempat, apapun tahniah k...

Noor Fatin said...

bagus la dapat kediaman sendiri. lega dah ;D

yaya_flanella said...

yaya pernah menumpangkan kawan jugak kat bilik.. hikhik

Izwanie Eynia said...

akak Hanis: huhu.. sma ja tu mksdnya.. istilah je laen..=p

NOOR FATIN: FUH.. Lega sgt! XD

yaya_flanella: baeknya awk! insyaAllah sy pn nk tlg member yg xdpt hostel nex sem..^__^