Wednesday, May 25, 2011

Saya Memang Sengaja Bangkitkan Isu ni. Orang Yang Tak Reti Nak Senyum.. Alahai korang..


Assalamualaikum..

di nasihatkan agar senyum lebar-lebar sebelum membaca. senyum cepat!.. 

hah.. macam tu lah..

kes satu: saya selalu makan kat tempat ni kat dalam kampus. sana ada makanan kegemaran saya, bakso. sangat sedap bila makan bakso pedas-pedas plus panas-panas. boleh meleleh air hidung. tapi, di sebabkan makcik jual bakso tu tak reti nak senyum n asyik buat muka masyam dia ja asal ada pelanggan datang, saya berhenti dari meminati bakso. hilang selera nak makan bakso sana dah.  siyes.. penjual kat sana majoriti tak tau senyum. tambahan lagi bila ada pelanggan yang mengada-ngada suka minta itu minta ini. lagi masyam muka dorang. sekarang beralih ke nasi goreng sea food pula.. harap-harap takda lah penjual nasi goreng sea food yang buat muka garang macam mak cik bakso tu. nak makan pun takot. asyik terbayang muka dia ja. orang datang nak beli bukan nak curi pun. tak faham kenapa dorang tak nak senyum. oleh sebab itu, saya sudah merajuk dengan itu penjual bakso..

kes dua: ada satu jiran ni. saya cam dia. saya kenal dia. sebab dia sorang ja tak pernah senyum kat saya n kawan saya. kita lempar senyum dia buat muka pandai dia. err.. 'buruk ke senyuman daku'.. kita lalu lagi depan bilik dia. senyum lagi.. tak berbalas. hampa.. jadi tiap kali lalu bilik dia buat-buat tak nampak muka orang tu sebab tak tau nak buat muka apa da bila bertembung mata. terkilan dengan sikap jiran tersebut. she's very good looking. tapi... herm... 2 sem kita jiran tak pernah dia nak senyum..

kadang-kadang pelik juga kenapa ada orang yang tak reti senyum tiap hari bila jumpa dan bertembung. kita lempar senyuman dia pula boleh menjeling. tak mo la macam tu. kita ikhlas nak kawan. da nama pun jiran. tiap hari jumpa kat toilet, jumpa kat tempat cuci baju. senyum la sikit kat kita. hilang juga sikit bebanan dalam hati ni tengok senyuman tu. senyum itu kan sedekah.

tak pandai senyum? ada ke orang macam tu? mungkin ada kan. mungkin dia memang tak tau senyum tu macam mana. meh, ajar dia dulu macam mana nak senyum. senyum tu...... macam ni......

credit to g0ogle..

senangkan? just lebarkan mulut nampakkan gigi. tak nak tayang gigi pun boleh. senang hati tengok muka tu senyum. tenang sikit jiwa. amboi.. lebih-lebih pula.. kalau saya, orang senyum, saya balas 2x ganda senyuman itu. kalau mood tengah ok then orang senyum kita balas berganda-ganda. tambah happy rasanya. 

buat muka masyam, kelat dan yang sewaktu dengannya banyak otot di gunakan kat muka ni berbanding bila buat muka senyum. muka pun akan cepat kelihatan tua bila ayik wat muka bau-bau masyam tue. 

so.... tak mo la cepat tua... jom senyum....

credit to g0ogle



nota kaki: best tengok orang yang tak pernah senyum tiba-tiba senyum... manis gitu... ^__^






4 comments :

Anonymous said...

senyum x perlu kata apa2,,haha :)

Noor Fatin said...

saya penah jugak jumpa org mcm tu. punyalah susah nak senyum.. alahai.. sabar je la..

Hamba Allah said...

ee..mesti sakit hati klu jumpa org cmtu...punya la sombong...mcm la rugi klu dye senyum kat kite...hehe =)

Cik Puan Izan❤ said...

hai...sis follow sini...^^

mungkin ada org yg tak pandai nak senyumm... apapun senyum itu sedekah.. org sakit pun boleh sihat hanya dgn senyum...