Wednesday, May 18, 2011

Dan Daku Tersentuh Dengan Ayat-Ayat Cinta mu…^__^


Malam kian lewat..

Baru terfikir nak buat notes untuk esok. Banyak benda kena di buat esok hari. Lalu ku capai note book itu. Terkeluar kad ATM dari dalamnya. Lantas ku simpan kad itu di tempat yang sepatutnya. Ku selak helaian-helaian buku nota kecil itu. Mengimbas catatan lama ku beberapa minggu dan bulan yang lepas. Assignment itu, assignment ini.. semuanya sudah selesai. Alhamdulillah. Bersyukur aku ke hadratnya..

Dan itu dia.. nota yang ku harapkan! Tulisan dari si dia. Cantik tulisan itu. Namun bukan struktur tulisan itu yang menjadi persoalannya.

Ku baca satu-persatu ayat-ayat  itu. Tersentuh daku. Terharu. Hampir jatuh air mataku. Sayu sungguh bunyi ayat-ayat itu walaupun buku nota itu tidak ku pasangkan audio device. Banyak sungguh pesanan..

Usai nota itu ku baca diri ini terus bertekad.. ingin melakar janji. Namun ada ketakutan yang terselit. Takut andai janji di mungkiri. Takut andai tekad hanya tinggal tekad. Tidak mahu diri ini menjadi insan yang hanya tahu berkata-kata.

Ku pasang lagu.. ku taip luahan hatiku pada laptop kesayangan. Ku bicarakan isi hatiku. Ku biarkan mereka tahu... 

No comments :