Friday, May 27, 2011

Dulu kecik-kecik cita-cita semurni murninya. sekarang cita-cita bukan main gedikz!


Assalamualaikum..

Meh nak ce cite cita-cita gedikz saya nii…

Masa kecik-kecik cili padi dulu kalau orang tanya apa cita-cita saya, mesti saya jawab nak jadi doktor! Err.. polis pun boleh juga. Dua-dualah saya nak jadi. Saya beriya-iya sangat nak jadi doktor sebab mak kite suruh. Jadi doktor bagus katanya. Boleh ubati orang yang tengah sakit. Lagipun gajinya besar dan hanya orang pandai dapat jadi doktor. Saya pun apa lagi. Beriya-iya nak dapat nombor satu dalam kelas. Nak jadi doktor lah katakana.. Bila dah dapat nombor satu tu hati bukan main girang. Gembira tak terkata. Dapatlah saya banggakan diri depan pakcik makcik.. kecik-kecik lagi sudah minta puji kan..

Kadang-kadang .. Saya cakap saya nak jadi polis. Saya bangga nampak polis dengan uniformnya. Segak bergaya gitu. Ditambah lagi ramai kawan-kawan bapa kerja polis. Dorang selalu lepak gerai bapa lepas habis kerja dengan un iform dorang. Teruja tau tengok dorang.  Bapa pun suruh-suruh kite jadi polis. Tangkap orang jahat. Saya pun excited bukan main. Cita-cita nak tembak orang jahat!
Konpiusnyaaa….. nak jadi apa erk? Ahh… siang jadi doktor malam jadi polis tangkap orang jahat. Habis citer! (murni kan cita-cita saya.. ngee..)

Tersebutlah kisah  adik mak sorang ni merangkap Pak Ngah saya tengah cuti semester. Time tu dia baru nak ambik degree. Dia selalu bercuti kat rumah before balik UKM. Dan dikisahkan saya ni sorang budak yang memang nakal dan suka kacau orang. Pantang tengok pakcik tu duduk diam-diam saya mesti suruh dia lukis gambar polis untuk saya. Dia pun layan je lah karenah saya. Lepas tu kan,  saya mesti show off cita-cita saya kat dia. Memang sangat minta puji itu sikap.

Saya: saya dapat nombor satu dalam kelas..

Pakcik: baguslah.. (layan tak layan ja budak sorang ni)

Saya: saya nak jadi doktor dah besar nanti.

Pakcik: Baguslah tu…

Hampir setiap hari saya bagitau saya nak jadi doktor. Then satu hari ni..

 Saya: saya nak jadi doktor  besar nanti! (sambil sengih-sengih)

Pakcik: Jadi doktor kena cuci darah dan luka orang tau. Dah tu cuci nanah orang lagi. Bayangkanlah orang berdarah n bernanah-nanah pastu kita terpaksa bersihkan dia. E!!…

Dan pada saat itu juga saya mula berfikir tentang cita2 saya.. tak mo la jadi doktor.. geli kena cuci nanah orang.. tak mo!!!! Sampai sekarang saya tak berniat nak jadi doktor dah.. bukan sebab takut nanah dan darah je tapi sebab susah sangat nak dapat 4 flat time matrix dulu.. heee…

Time sekolah menengah kite bercita-cita nak jadi Angkasawan. Mentang-mentang ambik kelas sains terus cita-cita pun berunsur sains.
Then ada juga satu masa tu, saya bagitau pada cikgu saya nak jadi isteri kepada Perdana Menteri. Tapi kensel dah. sebabnya si bakal suami tak bercita-cita pun jadi PM. Dush!..

Sekarang…

Kalau orang tanya saya nak jadi apa, saya tak pernah terfikir nak jawab doktor atau polis lagi. Saya tak tau pun nak jadi apa. Yang pasti di dalam hati ini saya nak habes blaja cepat n khawin!! nak bahagiakan suami. Nak  jadi isteri solehah dan ibu mithali. Muaahahaha..  jeles tengok member yang khawin muda. Nampak bahagia je. Tak sabo den! !

banyak bagus punya budak. Mak bapa bagi sekolah berbelas-belas tahun dia pula asyik fikir nak khawin.  gedikz nak mamp*s!!



p/s: jangan jadi macam Pakcik saya tu. Sangat tidak menyokong cita-cita kanak-kanak yang nak berjaya. heeeee… untuk ibu-ibu, tak salahkan cita-cita saya skang ni? ^___^

5 comments :

Mawar Berduri said...

semoga ko cpt kawen geng.. aminn..

.izzatul.hazwani. said...

bestnye cita 'SEKARANG' tu .. nak jugak . kah3

IzwanNie Eynia said...

mawar: thanx geng...=) same goes to u..
izzatul: kih3.. gewdik kn..

alexa yussida said...

hahaha cool la pakcik awk :P

mne de doc cuci nanah..main darah tu adelah..hehe :)

IzwanNie Eynia said...

alexia: tersangat la 'cool' dia tue.. XD