Tuesday, January 11, 2011

8 punca si dia berubah hati..

untuk kamu yang tengah h0t becintan cintun.. j0m baca.. wink!



Kuat curiga

Di serang dengan soalan bertubi2 membuatkan kamu mula bosan. Keluar dengan siapa tadi? Lelaki mana yang awak dok intai tu? Nombor fon siapa ni? Girl or boy? Argghh.. soalan seperti ini sudah tetntu membuatkan kamu pening kepala. Apatah lagi si dia. Penjelasan yang di berikan juga x diterima malah makin syok pula menuduh si dia bukan2. Kepada lelaki, please jangan la kuat psycho untuk uji kejujuran si dia. Yang girl pun sama. Xsuka di curigai jangan mencurigai.

Menipu

Seboleh2nya janganlah menipu si dia. Bila di tanya ada keluar ke x hari ni jawablah sejujurnya. Mungkin kita menipu demi menjaga hati si dia. Misalnya kita keluar dengan kawan baik kita yang berlainan jantina dan xnak si dia tahu. Untuk elakkan si dia ‘jeles’ kita sanggup menipu. Da kantoi baru menyesal. Isk3.. Cuba bawa berbincang. Jangan bergaduh, jangan menipu dan jangan menuduh yang bukan2. insyaAllah jika masing2 buka minda penyelesaian akan tercapai. Kalau bercinta pun da pandai menipu apatah lagi da khawin nanti. Ramai yang berfikiran begini kan? So watch out your word guys.. jangan sampai si dia fed up dengan kamu.

Berselindung a.k.a menyembunyikan

Pekara ni selalu terjadi di awal usia bercintan. Betul x? kita marah pada si dia tapi kita buat2 ceria dan senyum. Xmerajuk konon, padahal, dalam hati jelous nak mamp0s tengok si dia berborak dengan perempuan lain. Da lama bercinta baru korang nak tunjuk belang! Hah.. ni bukan saja akan buat si dia terkejut beruk malah akan buat dia merasa yang dirinya xmemahami dirimu lantas meninggalkan kamu…

Tak jaga penampilan

Wo.. wo.. kamu mengaku jenis yang simple? Xpakai minyak wangi, xpakai make up. Yang kamu tahu mandi mesti guna sabun. Pemakaian semua serabai. Rambut kusut masai. Nak tunjuk yang kamu tu xmacam orang lain yang sibuk tempek bedak dan rebonding rambut. Oh no! si dia pun akan jemu dengan penampilan sebegitu. Jadi jangan kecil hati sekiranya si dia xpernah show kamu depan kawan2 si dia.. ingat, mata lelaki adalah 10 kali ganda lebih cerewet dari mata wanita.. jagalah penampilan kamu sebelum si dia yang berubah hati..



Cakap kasar

Hah.. ni lagi satu penyakit dalam bercinta. Si dia suka cakap kasar. Kuat memaki. Siapa yang tahan dengan orang begitu? Mungkin hari ini si dia masih boleh bertahan. Esok pula amacam?


Tak tahu memujuk

Bukan kaum hawa saja ingin di belai dan di manja. Kaum adam juga sama. Masing2 ingin di damba, di pujuk bila merajuk. Si dia berkecil hati sebab kata2 mu? Mungkin perkara tu remeh bagi kamu. “Ala.. tu pun nak merajuk.. orang gurau je la”.. ingat! Mungkin benda tu simple bagi kamu, tapi tidak pada si dia. So, pandai2 la kamu pujuk hati si dia. Masing2 ada kelebihan. Gunakan kelebihan tu untuk memujuk. Mungkin nampak bodoh tapi kalau da cinta xkan xsanggup buat.. jangan sampai si dia patah hati dengan sikap kamu itu..

Kuat cemburu

Cemburu tandanya sayang.. betulkah? Ya.. memang betul. Xdapat di nafikan. Tapi kalau da cemburu xtentu pasal tu namanya pentingkan diri. Herm..

Curang

Ahah! Ni memang confirm si dia akan cabut lari bila dapat tahu kamu ‘bermain’ di belakangnya. Mengaku setia, padahal.. sana sini awek.  Yang girl pula pantang ada peminat, semua di layan. Setia kah begitu? Kawan pun tetap ada batasnya kalua nak bemesra. AWAS! Tiada perempuan yang rela di duakan.. apatah lagi kaum adam..



P/s: entry ini adalah bertujuan untuk menyedarkan diri kita (termasuk diri ini) bukan untuk menyindir mana2 pihak. Diri ini juga tidak sempurna.. andainya meow2 terkasar bahasa, mohon maaf yaa.. 

4 comments :

Noor Fatin said...

kna jaga hubungan baik2. jujur dan saling pcyai kunci pnting :)

nusafara said...

cinta dengan keikhlasan =)

Izwanie Eynia said...

bet0l3! itu yg plg penting..

adan said...

YANG PENTING IKHLAS DALAM MENYINTAI PASANGAN MASING2.. TAK GITU?